
GYEONGJU: Malaysia menjadi jambatan yang menghubungkan pelbagai blok ekonomi di rantau ini menerusi pendekataan seimbang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, Malaysia mengekalkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat dan China dan pada masa yang sama mengukuhkan kerjasama serantau melalui Asean dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).
“Dalam suasana perdagangan global yang semakin berpecah dan tidak menentu, pendekatan seimbang Malaysia yang mengekalkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat dan China.
“Ini sambil berpaksikan kerjasama serantau melalui ASEAN dan platform seperti APEC meletakkan negara sebagai jambatan yang menghubungkan pelbagai blok ekonomi di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian selepas menerima Laporan Tahunan Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) 2025 daripada Pengerusi ABAC Malaysia, Datuk Ruben Emir Gnanalingam.