
TELUK INTAN: Gara-gara berebut harta, seorang wanita dibunuh dan mayatnya ditemui dalam kereta, kata Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin.
Menurutnya, pemandu kereta itu juga turut menembak dan menikam seorang anggota polis dalam kejadian pada 7 September lalu.
Datuk Noor Hisam berkata, bagaimanapun motif pembunuhan wanita berumur 62 tahun itu hanya boleh terungkai dengan penahanan suspek yang ketika ini dipercayai sudah melarikan diri ke luar negara mengikut jalan tikus.
“Memang bermotifkan perebutan harta. Semua semua sembilan suspek yang ditahan sebelum ini ada hubungan kekeluargaan.
“Setakat yang kami maklum, usaha masih diperluaskan untuk menjejakinya. Suspek yang memegang ‘kunci’ kepada keseluruhan insiden ini dan buat masa ini, kami hanya menumpukan kepada seorang suspek itu sahaja iaitu pemandu,” katanya.
Menurutnya polis masih menyiasat sama ada dia sendiri adalah dalang kepada pembunuhan wanita itu