Media Berspekulasi Kematian, Kecederaan Netanyahu

Foto AFP

TEHRAN: Media berbahasa Ibrani rancak membuat spekulasi kematian atau kecederaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, lapor laman web Agensi Berita Tasnim.

Perkembangan terkini mencetuskan spekulasi mengenai situasi membabitkan Netanyahu apabila hanya kenyataan berbentuk teks yang dikaitkan dengannya dikeluarkan sejak beberapa hari lalu.

Spekulasi diperkuat apabila tiada sebarang video baru dimuat naik di saluran peribadi Netanyahu sejak tiga hari lalu.

Sebelum kemunculan video terakhirnya empat hari lalu, Netanyahu lazimnya memuat naik sekurang-kurangnya satu video setiap hari, malah kadangkala sehingga tiga video dalam tempoh sehari.

Justeru, ketiadaan sebarang video sepanjang tiga hari kebelakangan ini mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pemerhati dan pengguna media sosial.

Beberapa sumber media berbahasa Ibrani turut melaporkan bahawa pada Ahad lalu, tahap keselamatan di sekitar kediaman rasmi Netanyahu dilaporkan dipertingkatkan.