MCMC arah sekatan sementara terhadap Grok AI

Foto Linkedin Vincent De Paul

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC, hari ini mengarahkan sekatan sementara ke atas platform kecerdasan buatan Grok.

Tindakan itu diambil selepas Grok didapati berulang kali digunakan untuk menghasilkan kandungan lucah, eksplisit, serta imej manipulasi tanpa persetujuan, termasuk membabitan wanita dan kanak-kanak.

MCMC sebelum ini mengeluarkan notis kepada syarikat induk, X Corp dan xAI LLC, menuntut langkah perlindungan teknikal serta pengawasan kandungan yang lebih berkesan.

Namun, jawapan yang diberikan dianggap tidak memadai.

Sekatan ini berkuatkuasa serta-merta dan akan kekal sehingga pihak berkenaan melaksanakan langkah keselamatan yang mencukupi.

MCMC menegaskan tindakan ini selaras dengan undang-undang Malaysia, khususnya Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, demi melindungi masyarakat daripada kandungan berbahaya.

Apakah implikasi dan konteksnya?

Pengguna di Malaysia tidak dapat mengakses Grok buat sementara waktu.

Isu utama ialah kegagalan syarikat induk (X Corp. & xAI) melaksanakan kawalan kandungan yang mematuhi undang-undang tempatan.

Langkah ini bersifat pencegahan dan berkadar wajar, menurut MCMC, demi melindungi masyarakat daripada kandungan berbahaya.