Mangsa Dakwa Pemandu Bas Marah Sebelum Nahas Tragik di Gerik

Foto Bernama

Pemandu bas yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris kelmarin dikatakan marah-marah sebelum kemalangan tu berlaku.

Seorang mangsa yang terselamat dalam nahas ngeri di kilometer 53, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli itu berkata, dia tersedar daripada tidur apabila terdengar pemandu marah.

“Tak tahulah dia marah siapa tapi selepas itu bas terus terhuyung-hayang dan terbalik,” kata Farhana Ab Aziz.

Menurutnya, butiran marah pemandu itu tidak diketahui dan beberapa pelajar lain turut menjenguk untuk mengetahui apa yang berlaku.

Ramai yang pengsan dan dirinya dan rakan-rakan yang sedar dengan segera mencari laluan terbuka untuk keluar dari bas, katanya.