Malaysia tolak tarif unilateral: PM

Foto Bernama

Malaysia bertegas menolak pelaksanaan tarif unilateral sebaliknya mendukung sistem perdagangan multilateral antarabangsa berasaskan peraturan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, kerajaan tidak menyokong atau menerima sebarang bentuk tindakan perdagangan unilateral termasuk yang dicadangkan oleh Presiden Donald Trump.

“Malaysia adalah negara perdagangan. Kita percaya terhadap multilateralisme. Kita tidak menyokong tindakan unilateral sama ada dari Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain.

“Kita mendukung keamanan dan kita tegas dengan perkara ini walaupun pada hakikatnya kita adalah sebuah negara kecil,” katanya.