
Semua aktiviti membabitkan eksport, pemindahan dan transit cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi yang berpunca dari Amerika Syarikat (AS) kini tertakluk kepada kelulusan permit perdagangan strategik, berkuatkuasa serta-merta.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil berdasarkan Seksyen 12 Akta Perdagangan Strategik 2010 (STA 2010) melalui peruntukan kawalan tambahan dikenali sebagai “Catch-All Control”.
“Melalui peruntukan ini, kerajaan boleh manawa item yang tidak disenaraikan secara rasmi dalam Senarai Item Strategik (SIL) sekiranya wujud asas munasabah untuk mengesyaki bahawa item terbabit berpotensi disalah guna atau digunakan untuk tujuan yang dilarang,” katanya.
Menurut MITI, pengenalan permit itu bertujuan menutup jurang kawal selia sedia ada sementara kerajaan menjalankan kajian terperinci terhadap kemungkinan memasukkan cip AI berprestasi tinggi ke dalam SIL secara rasmi.