Malaysia minta Afrika Selatan sokong pencalonan di badan antarabangsa

Foto Bernama

JOHANNESBURG: Malaysia memohon sokongan Afrika Selatan mengenai pencalonan negara di beberapa badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECOSOC) dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

Turut dilihat ialah pencalonan Malaysia di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Permohonan itu disampaikan oleh Perdana Menteri.semasa kunjungan hormat ke atas Presiden Afrika Selatan, Matamela Cyril Ramaphosa.

“Saya turut memohon dukungan Afrika Selatan mengenai pencalonan Malaysia di beberapa badan antarabangsa termasuk IMO, ECOSOC, ITU, UNHRC dan UNSC,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Anwar berkata Malaysia komited membina hubungan yang lebih kukuh berteraskan solidariti, keyakinan dan agenda pembangunan yang saling memanfaatkan rakyat Malaysia dan Afrika Selatan.