Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Hari Kebangsaan 2025

Foto X Mohamad Fauzi Md Isa

Malaysia Madani Rakyat Disantuni dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, logo yang digunakan tahun lalu dikekalkan hingga 2027.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan/Hari Malaysia itu berkata, konsep Madani menekankan prinsip pembangunan menyeluruh dan seimbang.

“Ia membabitkan keseimbangan di antara kemajuan material dan pembangunan rohani yang merangkumi kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran dan perpaduan masyarakat,” katanya.