
PUTRAJAYA: “Apabila kami datang ke Malaysia, ia seperti pulang ke rumah kami sendiri.”
Presiden Afrika Selatan, Matamela Cyril Ramaphosa berkata demikian ketika menggambarkan hubungan erat di antara kedua-dua negara, yang menurutnya penuh bersejarah apabila sudah terjalin sejak lebih 300 tahun lalu.
Ramaphosa berkata, Malaysia bukan sekadar rakan diplomatik, sebaliknya tanah yang mempunyai pertalian sejarah dan keturunan dengan sebahagian rakyat Afrika Selatan, khususnya komuniti Melayuu Cape yang berasal daripada rantau ini.
Takaichi, Trump perkukuh pakatan Jepun-AS
KUALA LUMPUR: Memperkukuh pakatan dua hala menjadi agenda Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi dalam perbualan telefonnya dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Kyodo News melaporkan perbincangan itu diadakan ketika kedua-dua pemimpin menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur.
Takaichi memberitahu wartawan bahawa dalam perbualan itu, beliau menekankan kepentingan strategik Jepun dalam pendekatan Amerika Syarikat terhadap China dan rantau Indo-Pasifik.
Timor-Leste lengkapkan keluarga Asean: PM
KUALA LUMPUR: Pembangunan dan autonomi strategik Timor-Leste terjamin, malah mendapat sokongan padu komuniti Asean, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Asean, berkata kemasukan bersejarah Timor-Leste sebagai anggota Asean hari ini memberikan makna baru kepada wawasan dan Visi Komuniti Asean 2045.
“Kehadiran Timor-Leste melengkapkan keluarga Asean, mengukuhkan lagi takdir yang kita kongsi bersama serta rasa persaudaraan serantau yang mendalam.Asen dokong,” katanya.
Presiden Korea hadir untuk perukuh hubungan
SEOUL: Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung hadir untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean, dengan matlamat memperkukuh hubungan dengan blok serantau itu serta meningkatkan kerjasama dalam membanteras penipuan dalam talian dan jenayah rentas sempadan lain.
Agensi berita Yonhap melaporkan lawatan dua hari Lee ke Kuala Lumpur menandakan lawatan pertamanya ke Asia Tenggara sejak memegang jawatan Jun lalu.
Beliau dijangka membincangkan langkah bagi memperkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif Korea Selatan dengan blok serantau itu.
Jepun, Asean mesti Makmur bersama
Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi memuji Malaysia atas usaha mempromosikan kemakmuran serantau melalui perdagangan dan pelaburan yang rancak, serta kepimpinan cemerlang sebagai Pengerusi.
Menurutnya, Jepun menyokong sepenuhnya tekad Asean dan usaha Malaysia sebagai Pengerusi Asean untuk merealisasikan ‘Komuniti Asean yang berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berpusatkan rakyat’.
Jepun dan Asean sudah membina hubungan sebagai ‘Rakan Kongsi Dipercayai’ dengan ikatan ‘dari hati ke hati’ selama lebih setengah abad.