
Malaysia adalah negara ketiga terkaya di Asia Tenggara dan ke-71 di peringkat global, lapor Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) 2025 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita AS$14,423 bersamaan RM61,903.
Singapura yang mempunyai KDNK per kapita AS$93,956 (RM403,256) di tempat pertama diikuti Brunei KDNK per kapita AS$37,023 (RM156,902). Di peringkat global, Singapura di kedudukan keempat terkaya di dunia manakala Brunei di tempat ke-35.
Malaysia hanya sedikit di bawah purata global sebanyak $AS14,450 (RM62,018) menggariskan kedudukan ekonominya yang kukuh di rantau ini.
Paras pendapatan Malaysia juga melebihi purata Asia Pasifik sebanyak AS$9,179 (RM39,396) dan purata Asia Tenggara AS$6,141 (RM26,357). Ini mengukuhkan statusnya sebagai antara peneraju ekonomi serantau.