
Negara-negara di benua Afrika dilihat sebagai rakan dagang baru berikutan tarif membabi-buta Presiden Donald Trump yang meninggalkan impak global.
Malaysia tidak ketinggalan mengintai peluang untuk membuka peluang perniagaan yang lebih luas dan mempelbagaikan perdagangan dengan negara-negara di benua itu.
Trump mengenakan tarif 24 peratus ke atas Malaysia.
Malaysia telah meningkatkan perdagangan dengan beberapa negara Afrika dengan mengeksport bahan-bahan seperti minyak sawit dan produk petroleum yang mencecah AS$3.5 billion.
Uganda, sebagai contoh, meletakkan negara itu sebagai rakan dagang baru di Pearl of Africa Business Forum & Expo 2025 di Kuala Lumpur.
Ia menonjolkan Uganda sebagai potensi pelaburan di bidang pertanian, tenaga, pelncongan dan galian.