Malaysia 13 paling aman di dunia, 2 di Asean

Foto BH

KUALA LUMPUR: Malaysia adalah negara ke-13 paling aman di dunia dan kedua di Asia Tenggara, menurut Indeks Keamanan Global (GPI) 2025.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata kedudukan Malaysia melonjak empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya berikutan kejayaan menurunkan jenayah indeks sebanyak 6.4 peratus.

“Saya yakin kejayaan ini didorong usaha bersepadu Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Walaupun terdapat beberapa insiden dan kejadian yang mencetuskan kejutan sepanjang tempoh kajian Mac 2025 hingga bulan ini, namun tahap keselamatan di negara ini pada umumnya masih berada dalam keadaan baik dan terkawal,” katanya.