Majlis Raja-Raja Dijangka Umum Soal Hakim

Foto Fb Sultan Ibrahim

Majlis Raja-Raja dijangka mengumumkan pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman hari ini, sekali gus menamatkan polemik isu berkenaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perbincangan panjang berhubung perkara terbabit diadakan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung semalam.

“Pagi semalam, saya sudah berbincang panjang dengan Majlis Raja-Raja dan saya fikir biarlah mereka yang membuat keputusan dan mudah-mudahan akan ada satu pengumuman yang akan menolak semua persepsi negative.

“Insya-Allah, apabila pengumuman dibuat nanti, ia akan membuktikan bahawa kerajaan ini benar-benar komited kepada reformasi, termasuk prinsip kebebasan badan kehakiman,” katanya.