MAIS salur RM10.8 juta bantu asnaf masalah akidah

Foto Sinar Harian

KLANG: menyalurkan bantuan Sebanyak RM10.87 juta disalurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi membantu kebajikan asnaf riqab yang menghadapi masalah akidah dan sosial di negeri ini.

Sumbangan menerusi Geran Bantuan Pemulihan Riqab itu disalurkan kepada 25 Rumah Pemulihan Riqab (RPR).

Menurut Setiausaha MAIS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini, bantuan itu meliputi kos program, pengurusan dan penjagaan asnaf di bawah seliaan pihaknya pada tahun ini.

Jumlah sumbangan yang disalurkan kepada setiap RPR adalah bergantung kepada keperluan yang ditentukan oleh MAIS.