
Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan meneruskan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri tanpa gangguan mahupun kompromi. Beliau berkata demikian selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan menolak permohonannya merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan.
Sebelum ini, Anwar memohon merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan, antaranya sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman. Anwar memohon Mahkamaah Persekutuan menjawab persoalan termasuk sama ada mengikut Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan, seorang Perdana Menteri yang sedang dalam jawatan menikmati kekebalan daripada tindakan saman.