
KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan pembukaan Madani Mart pertama di Indera Mahkota 8, yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga rahmah bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup.
Diterajui Yayasan Madani ia adalah antara inisiatif strategik kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat serta menangani cabaran kos sara hidup secara menyeluruh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa melawat kedai runcit berkenaan dan merasmikan pembukaannya.
Terdahulu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah berkata Madani Mart bukan sekadar pelengkap, tetapi langkah memastikan manfaat harga rahmah dapat dirasai secara lebih konsisten, tersusun dan dekat dengan rakyat.
Pada masa sama, katanya, inisiatif itu juga memperluas peluang keusahawanan dalam ekosistem peruncitan yang lebih tersusun.