
Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan Maal Hijrah 1447H/2025M akan menjadi detik permulaan kepada kehidupan yang lebih diberkati dan bermakna.
Menerusi hantaran Facebooknya, Perdana Menteri berkata tahu baru hijrah membawa seruan untuk membangunkan ummah Madani yang sejahtera, inklusif, berakhlak dan berpaksikan nilai-nilai Islam.
“Hijrah bukan sekadar perpindahan tetapi satu proses pembaharuan. Ayuh kita semua terus melangkah ke depan dengan ilmu, integriti dan semangat kebersamaan,” katanya.
Beliau turut mengajak umat Islam menghyati ayat 218 dalam Surah al-Baqarah.