
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun.
Berita pemergian Presiden Kehormat Seumur Hidup MCA itu disahkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pagi ini.
“Kami menerima berita sedih mengenai Tun Dr Ling yang meninggal dunia hari ini. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Dr Ling, yang juga bekas Menteri Pengangkutan dilahirkan pada 13 September 1943 di Kuala Kangsar, Perak, mendapat pendidikan awal di King Edward VII School, Taiping sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi.
Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) daripada University of Singapore pada 1966, Dr Ling memulakan kerjaya sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Pulau Pinang.
Mendiang kemudian aktif dalam politik.