Lelaki Tetak Siak Surau Ditahan Reman

Foto Berita Harian

IPOH: Suspek yang disyaki menetak seorang warga emas dengan parang di sebuah surau di Kampung Bukit Jana, Kamunting dekat Taiping kelmarin, direman seminggu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail, berkata lelaki berusia 55 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 17 Disember depan selepas permohonan reman dibenarkan Mahkamah Majistret Taiping hari ini.

Beliau berkata keadaan mangsa berusia 68 tahun, yang juga siak surau itu dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan lanjut di Hospital Taiping.

Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 3.13 petang mengenai siak surau berkenaan diserang dengan parang dan cedera parah. Sumber Berita Harian