Lebih Dua Juta Jemaah Menuju Arafah di Bawah Panas Terik 40°C

Lebih dua juta umat Islam bergerak ke Arafah untuk memulakan ibadah haji yang menjadi rukun Islam kelima ketika suhu panas mula meningkat sehingga maksimum 40 darjah Celsius.

Perjalanan berlaku secara berperingkat dan umat Islam akan mula wukuf di Arafah 9 Zulhijjah, bermula gelincir matahari hingga terbit fajar pada malam Aidiladha.

Kegiatan di masyair akan menyusul dengan Mabit di Mudzalifah dan Mina serta melontar di tiga jamrah sehingga12 Zulhijjah atau 8 Jun. Cuaca panas melampau menuntut persediaan rapi jemaah dari aspek rohani, fizikal dan mental.