
SHAH ALAM: Sesi persekolahan baru bagi tahun 2026 bermula di seluruh negara hari ini membabitkan lebih 800,000 murid tahun satu dan tingkatan satu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata bagi tahun ini, lebih 400,000 murid mendaftar ke Tahun Satu manakala kira-kira lebih 400,000 berdaftar untuk Tingkatan Satu.
“Untuk Tahun Satu kita ada lebih 400,000, manakala Tingkatan Satu ada lebih kurang 400,000 pelajar. Jadi inilah anak-anak yang kita sambut pada tahun ini untuk Darjah Satu dan Tingkatan Satu,” katanya.
Beliau berkata dalam sidang media sempena hari pertama pembukaan sekolah bagi kalendar akademik sesi 2026 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent Elmina di sini.
Terdahulu, Fadhlina hadir ke SJKC Ladang Regent Elmina bagi meninjau keadaan pertama persekolahan sesi 2026.