
Siling ditinggikan, lantai dinaikkan. Ertinya, pendapatan ditingkatkan untuk mensejahterakan rakyat. Dengan menaikkan pendapatan penjawat awam, pekerja swasta juga akan menikmati kenaikan berasaskan keuntungan syarikat mereka.
Langkah positif kerajaan madani ini mempunyai impak yang baik. Rakyat mula sedar dan yakin apa yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang mendahulukan kemaslahatan rakyat.
Ini boleh diterjemahkan dengan kepercayaan rakyat yang melebihi 50 peratus sekarang walaupun banyak cubaan pihak pembangkang untuk memfitnah.
Seperti kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar, benar kita bergelora pada awalnya akibat warisan kepemimpinan dulu, tetapi ia kini sudah berkurangan. Gelora hanya tinggal riak-riak kecil.