
Seramai 187,652 individu dengan nilai hutang tidak melebihi RM200,000 berjaya dilepaskan daripada kebankrapan sejak Mac 2023 hingga Jun tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran, berkata mereka yang dilepaskan itu turut termasuk golongan muda berumur 40 tahun dengan hutang tidak melebihi RM200,000.00.
Katanya, pencapaian memberangsangkan itu adalah sejajar dengan sasaran untuk membebaskan 200,000 individu daripada masalah bankrap menjelang penghujung tahun ini.
“Jabatan Insolvensi Malaysia berjaya melepaskan seramai 187,652 individu daripada kebankrapan sejak Mac 2023 hingga Jun 2025,” katanya.