Lebih 100,000 anggota keselamatan bantu mangsa banjir

Foto Fail / UTUSAN

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bomba digerakkan untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Kerahan itu membabitkan lebih 100,000 anggota dan aset daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bomba.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan pemantauan dilakukan secara berterusan bagi membolehkan bantuan dihulur dalam kadar segera.

Setakat ini, katanya, seramai 11,009 mangsa daripada 3,839 keluarga ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) membabitkan 14 daerah di tujuh negeri susulan banjir.