Lebih 10,000 Jalani Hukuman Khidmat Masyarakat

Foto Fb Hajah Nancy Haji Shukri

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata lebih 10,000 pesalah di seluruh negara dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat sejak hukuman itu diperkenalkan pada 2008 hingga tahun lalu.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 8,125 adalah pesalah muda diikuti 2,163 pesalah kanak-kanak dan 234 pesalah dewasa.

Katanya, kes-kes berkenaan membabitkan pelbagai kesalahan dengan tempoh maksimum khidmat masyarakat yang boleh dikenakan terhadap pesalah adalah selama 240 jam.

“Kita semua pernah buat silap. Bezanya bukan semua orang diberi peluang kedua tetapi melalui PKM kita beri ruang pelatih memperbaiki diri,” katanya.