
Lebih 10 mayat termasuk mayat bayi ditemui sepanjang pelaksanaan projek Mitigasi Banjir Sungai Klang yang sedang dijalankan.
Projek di bawah inisiatif Selangor Maritime Gateway itu berdepan pencemaran serius dengan penemuan sampah berat seperti peti sejuk dan motosikal di dasar sungai.
Penemuan mayat bukanlah insiden terpencil malah berlaku hampir setiap bulan sejak kerja-kerja mendalam dan melebarkan sungai dimulakan pada 1 November 2022 hingga sekarang.
Jurucakap Syarikat Landasan Lumayan Sdn Bhd yang menjalankan projek itu berkata, syarikat itu menyokong agenda lestari untuk menjadikan Sungai Klang sumber air mentah yang boleh dirawat.