
Kosovo dan Malaysia melihat potensi besar dalam sektor industri halal, pertanian, tenaga dan teknologi di antara kedua-dua negara.
Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu yang dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia, menekankan usaha meningkatkan kerjasama diplomatik, termasuk penubuhan kedutaan di Kuala Lumpur serta mengukuh perdagangan dan pelaburan.
Menurutnya, Kosovo melihat potensi besar dalam sektor seperti pertanian, tenaga, teknologi dan industri halal.
Hubungan perdagangan dua hala Malaysia-Kosovo mencapai RM28.55 juta tahun lalu.
Kosovo menganggap Malaysia sebagai negara yang memainkan peranan penting dalam kemerdekaannya dengan pengiktirafan pada 2008 yang membawa harapan dan solidariti kepada rakyat Kosovo.
Katanya, pengiktirafan Malaysia itu membawa maksud mendalam serta bukti persahabatan yang utuh di antara kedua-dua negara.