Lawatan Afrika perkukuh hubungan, kerjasama strategik

Foto PMO

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis lawatan kerja ke Afrika boleh menjadi pemangkin pengukuhan hubungan diplomatik dan perluasan kerjasama di antara benua Afrika dan Malaysia.

Perdana Menteri berharap setiap sesi rundingan akan membuka ruang kerjasama yang mampu memperkukuh rantaian ekonomi, meningkatkan akses pasaran dan membawa manfaat kepada rakyat Malaysia.

“Saya akan membawa suara Malaysia dengan penuh yakin dan iltizam bagi memperkukuh hubungana dua hala serta memacu ekonomi, perdagangan dan pelaburan baru di benua Afrika.

“Insya-Allah lawatan ini akan membuka lebih banyak ruang kemajuan strategik, memperluas peluang pembangunan dan membawa manfaat yang nyata kepada rakyat dan negara,” katanya.