Laungan ‘Kekal Anwar’ Bergema di Parlimen

Foto PMO

Sidang Dewan Rakyat semalam bergema dengan laungan ‘Kekal Anwar’ sejurus Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Beberapa Ahli Parlimen dilihat melaungkan slogan itu sebelum Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng menangguhkan sesi persidangan kepada Isnin hadapan.

Laungan itu dipercayai sebagai reaksi balas terhadap teriakan ‘Turun Anwar’ yang menjadi antara agenda himpunan aman anjuran pembangkang pada Sabtu lalu.

Himpunan berkenaan yang berlangsung di ibu negara difahamkan bertujuan mendesak perubahan kepemimpinan negara.

RMK13 yang dibentangkan oleh Anwar merangkumi pelan pembangunan menyeluruh termasuk peruntukan pelaburan, kadar gaji minimum, perluasan hasil cukai, serta insentif perlindungan sosial dan faedah kepada rakyat.