
KUALA LUMPUR: Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas, Kedah dibuka semula petang semalam selepas mendapat pelepasan keselamatan terakhir daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu hantaran di platform media sosial X berkata operasi penerbangan telah disambung semula seperti biasa.
Terdahulu, MAHB memaklumkan landasan itu ditutup sementara susulan insiden berkaitan pesawat pada jam 11.30 pagi hari ini.
Penutupan itu bagi memudahkan kerja-kerja mengalihkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pembersihan landasan, katanya.
Notis kepada juruterbang dikeluarkan oleh CAAM.
MAHB menasihatkan penumpang supaya merujuk kepada syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai jadua penerbangan.