
Seorang lelaki berusia 56 tahun patah tangan dan cedera di kepala serta leher selepas diserang haiwan liar dipercayai kucing tulap di Kampung Pauh, Terachi, Kuala Pilah.
Mangsa, Mohd Radzi Abdul Ghani dikatakan keluar memeriksa kendang kambingnya selepas terdengar bunyi bising dari arah kandang berkenaan.
Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri, berkata pihaknya menerima laporan jam 9 malam mengenai serangan hidupan liar yang awalnya dipercayai harimau kumbang.
“Apabila siasatan dijalankan, kami dapati mangsa diserang oleh kucing tulap kerana kejadian itu berlaku hampir dengan kawasan hutan simpan Berembun,” katanya