
Penggalian semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, Sipitang, selesai selepas lebih sejam proses itu berlangsung.
Perkara itu dimaklumkan peguam mewakili keluarga pelajar berkenaan, Hamid ismail, dengan jasad Zara Qairina kini dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu sejurus penggalian selesai jam 7.31 malam.
Beliau juga mengesahkan bedah siasat dijangka dijalankan jam 9 pagi ini.
Katanya, proses penggalian kubur arwah berjalan lancar dan jenazah selamat dikeluarkan sebelum dimasukkan ke kenderaan jenazah untuk dibawa ke Unit Forensik HQE.