Kos Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mungkin Naik RM18 Billion

Foto PMO

Kos kenaikan gaji penjawat awam mungkin akan dinaikkan kepada RM18 bilion pada tahun hadapan sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap nasib dan kedudukan kakitangan sektor awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata inisiatif itu bakal diambil dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup termasuk membabitkan pendidikan dan kesihatan selain berlaku adil kepada penjawat awam.

Katanya, sebelum ini kerajaan sudah mengumumkan peningkatan membabitkan RM10 bilion yang mana antara yang tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara selepas kali terakhir dinaikkan 12 tahun lalu.

“Melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), siling dan lantai ekonomi rakyat perlu naik sejajar, justeru Kerajaan Madani menyeru syarikat swasta untuk menetapkan gaji minimum RM1,700, manakala bagi syarikat berkaitan kerajaan pula sebanyak RM3,100,” katanya.