Konvokesyen UPM Sarawak: 556 graduan dirai

Foto UPMS

BINTULU: Tujuh graduan peringkat Doktor Falsafah, 31 graduan peringkat Sarjana, 130 graduan bacelor serta 388 graduan diploma daripada pelbagai program pengajian dirai di Majlis Konvokesyen UPM ke-49 Sidang 1 yang berlangsung selama dua hari di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS).

Majlis penuh istiadat itu disempurnakan oleh Pro Canselor UPM, Tan Sri Peter Chin Fah Kui.

UPMS dalam kenyataan berkata, konvokesyen kali ini turut mencatat sejarah dengan kelahiran graduan perintis bagi dua program baharu di UPMS iaitu Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian dan Diploma Pengurusan Perniagaan.

Kenyataan itu berkata, Peter turut menyampaikan Hadiah Live Animals Medical Centre kepada Clayrieysia Samantha Michael Solomon, penerima Graduan Terbaik Bacelor daripada program Bacelor Sains Bioindustri dengan Kepujian, serta Hadiah Kecemerlangan Yvonne Sing Sai Hoi kepada Russell Tang Hsien Rhon, penerima Graduan Terbaik Diploma daripada program Diploma Sains Komputer, UPMS.