Kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing digantung

Foto Bernama

MAKKAH: Kontrak 1,800 agensi pelancongan asing daripada kira-kira 5,800 agensi yang beroperasi dalam sektor umrah digantung oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Langkah itu, lapor Agensi Berita Saudi (SPA), termasuk memberikan tempoh 10 hari kepada agensi terjejas untuk membetulkan kekurangan yang dikenal pasti semasa penilaian berkala, yang mendedahkan kelemahan dalam prestasi dan kualiti perkhidmatan.

Penggantungan itu hanya terpakai bagi pengeluaran visa baru dan adalah sebahagian daripada pendekatan pengawalseliaan yang direka untuk membantu agensi menangani isu pengkelasan dan meningkatkan pematuhan terhadap piawaian yang diluluskan.

Kontrak akan diaktifkan semula sebaik syarat dipenuhi dalam tempoh yang diberikan.

Kementerian menekankan bahawa jemaah yang mempunyai visa sah atau tempahan sedia ada tidak akan terjejas, dan perkhidmatan akan diteruskan tanpa gangguan.

Jurucakap kementerian Ghassan Alnwaimi, berkata tindakan pengawalseliaan akan diambil terhadap mana-mana agensi yang gagal membetulkan kekurangan mereka sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.