Koloni Warga Asing di Pasar Selayang diserbu

Foto Polis Selangor

SELAYANG: Tujuh agensi penguatkuasa mengepung kawasan Selayang Baru di ini bagi menghapuskan koloni warga asing di sekitar Pasar Selayang dan Pasar Tani Selayang.

Seramai 1,116 individu diperiksa secara menyeluruh, diikuti penahanan 843 pendatang asing tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi malam semalam.

Operasi besar-besaran itu diselaraskan Jawatankuasa Keselamatan Negeri (MKN) Selangor dan diketuai oleh Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi MKN Negeri.

Ia membabitkan kerjasama strategik antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), serta pihak berkuasa tempatan.