KKM Tingkat Kerjasama dengan Klinik Swasta: Dr Dzulkefly

Foto FB Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR: Kerjasama dengan klinik swasta yang beroperasi di pusat komersil tumpuan ramai, termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), akan dipertingkat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, ia bertujuan mempertingkat kemahiran dan kesediaan petugas bahagian rawatan kecemasan supaya berada pada tahap sepatutnya.

Beliau berkata, setiap kes kecemasan berlaku perlu ditangani sebaiknya mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam usaha menyelamatkan nyawa orang ramai.

Susulan itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya sedia turun padang secara berkala ke pusat perubatan swasta itu bagi memantau dan memastikan keselamatan, kualiti perkhidmatan serta kesiapsiagaan kesihatan awam sentiasa terpelihara.