KKM teliti gelombang baru Covid-19

Gambar Hiasan

Kementerian Kesihatan (KKM) kini meneliti trajektori gelombang baru Covid-19 berikutan meningkatnya wabak itu sebanyak dua kali ganda yang dilaporkan di Singapura.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di Singapura membabitkan dua sub varian baru, Omicron.

Katanya, kes gabungan varian KP 1 dan KP 2 menyumbang lebih dua pertiga daripada kes Covid-19 di negara jiran itu.

“Bagi Malaysia, laporan angka Covid-19 pada 12 hingga 18 Mei ialah 1230 berbanding 1071 kes minggu sebelumnya, iaitu meningkat 14.8 peratus. Tiada kematian baru daripada Covid-19 sejak 25 April lalu,” katanya.