Kirah “Bakar” Litar Losail, Qatar

Saidatul Zairah Zairin memenangi tempat kedua di perlumbaan kedua Kejohanan QatarSuperstock 600 Championship dalam kategori QSSP 300. (foto MAM)

Pelumba motosikal wanita negara, Saidatul Zakirah Zairin mencatat sejarah apabila memenangi tempat kedua di perlumbaan kedua Kejohanan Qatar Superstock 600 Championship (QSTK) dalam kategori QSSP 300, baru-baru ini.

Saidatul Zakirah atau lebih dikenali dengan panggilan Kirah adalah pemegang lessen MAM dan FIM menamatkan Perlumbaan 1 di tempat keempat dan Perlumbaan 2 di tempat kedua. Ini menjadikannya pelumba wanita pertama yang berjaya menaiki podium dalam kejohanan itu.

Kejohanan berprestij ini berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar yang menghimpunkan pelumba profesional dari seluruh dunia untuk bersaing dalam kategori superstock dan supersport, termasuk QSSP 300. – Sumber Motorsports Association of Malaysia.