
Hari Arafah adalah satu detik yang amat bermakna apabila umat Islam berkumpul dalam satu kesatuan yang mencerminkan intipati sebenar keimanan, kata Imam dan katib Masjidil Haram, Sheikh Dr Saleh bin Abdullah bin Humaid.
Agensi berita Saudi, SPA, melaporkan dalam khutbah Arafahnya, Sheikh Dr Saleh menekankan prinsip asas Islam, rukun penting serta sifat yang menggambarkan pengabdian tulus kepada Allah.
Beliau juga mahu jemaah haji memperbanyakkan pujian kepada Allah dan doa pada hari mulia itu, yang dikenali sebagai waktu doa dimakbulkan dan amalan digandakan pahala.