
BUKIT JALIL: Setiap keuntungan daripada royalti penjualan buku ‘Rethinking Ourselve: Justice, Reform and Ignorance in Postnormal Times’ akan didermakan kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata, ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah keuntungan yang agak besar kerana harga yang ditetapkan penerbit dianggap agak mahal.
“Pastinya saya akan meraih banyak royalti kerana penjualan buku ini dibuat di beberapa negara, selain edisi (cetakan) pertama di London sudah pun habis terjual.
“Justeru, saya isytiharkan setiap sen daripada royalti penjualan buku ini akan dibelanjakan kepada pelajar daripada keluarga miskin di seluruh negara.
“Kakitangan saya akan pastikan hasrat ini dapat direalisasikan bagi membantu golongan pelajar daripada keluarga miskin,” katanya ketika merasmikan pelancaran buku berkenaan.