Kes tipu: Pelakon, suami direman tiga hari

Foto BH

SEREMBAN: Pelakon drama ‘Nur’ dan suaminya direman tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia membabitkan kerugian RM1.5 juta.

Pasangan itu ditahan di sebuah madrasah tahfiz Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, suami isteri itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk permohonan reman.

“Susulan satu laporan polis berkait kes penipuan yang dibuat di daerah ini, polis menahan pasangan suami isteri masing-masing berusia 40-an dan 30-an di tempat persembunyian mereka.

Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah membenarkan reman selama tiga hari terhadap kedua-dua suspek.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis juga meminta ruang supaya siasatan dilakukan dengan telus dan orang awam diminta tidak membuat spekulasi,’ katanya.