
Kerajaan menanggung kos RM496,000 bagi perjalanan Tun Dr Mahathir Mohamed ke Forum Antarabangsa Nikkei di Jepun atas permohonan yang diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, kelulusan diberikan walaupun Dr Mahathir sering mengkritik kerajaan dan mengikut peraturan, permohonan seperti itu memang dibenarkan.
Anwar juga masih mempertimbangkan peletakan jawatan dua Menteri Kabinet serta menyeru ahli parti mempererat kerjasama walaupun ada perbezaan pendapat..
“Biar mereka berfikir. Saya kalau boleh mahu mereka sertai semula Kabinet,” katanya.