
Kerajaan menyasarkan nilai eksport halal meningkat kepada RM80 bilion dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Negara turut menganggarkan sumbangan industri halal kepada Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) naik kepada 11 peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sasaran ini mampu direalisasikan melalui penubuhan Suruhanjaya Halal Malaysia dan pembangunan rangkaian halal industri di banyak negeri.
“(Sasaran kerajaan ini) didukung penubuhan Suruhanjaya Halal Malaysia dan pembangunan halal industri antaranya di Melaka, Perak dan Kelantan,” katanya.