Kerajaan Sasar 200,000 Bebas Muflis

Gambar Fail

Kerajaan menyasarkan pembebasan 200,000 individu daripada status kebankrapan menjelang akhir tahun 2025 dengan 186,000 kes berjaya dilepaskan melalui usaha Jabatan Insolvensi Malaysia, kata Menteri di jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, 25,578 kes kebankrapan direkodkan dari 2021 hingga Mei 2025 dengan golongan umur 35-44 tahun paling terjejas dan lelaki mencatat jumlah kebankrapan lebih tinggi berbanding wanita.

Menurutnya, jumlah berkenaan diperolehi menerusi rekod Jabatan Insolvensi Malaysia hasil pelaksanaan pelbagai usaha kerajaan dalam memberi peluang kedua kepada golongan terjejas meneruskan kehidupan.

“Kami berharap menjelang akhir tahun ini jumlah keseluruhan individu berjaya dilepaskan daripada status kebankrapan dapat mencapai angka 200,000 orang,” katanya.