Kerajaan Mahu Martabatkan Institusi Pondok

Foto PMO

Kerajaan akan memulih dan memartabatkan semula institusi pondok negara agar kekal menjadi benteng pertahanan akidah, akhlak dan sahsiah umat Islam selari dengan tuntutan semasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, usaha itu akan memperkenalkan teknologi moden seperti AI dan pendigitalan.

Beliau berkata langkah itu melibatkan kerjasama antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan sekolah agama dan pondok yang masih dalam keadaan daif dapat dibangunkan dengan kemudahan serta teknologi baharu.

“Kita mahu tambah dengan teknologi baru termasuk teknologi maklumat, pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) supaya ini kekal sebagai benteng terkuat yang boleh pertahankan akidah, akhlak dan sahsiah ummah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.