Kerajaan Komited Bantu Mangsa Banjir: Anwar

Foto PMO

KUALA LUMPUR: Kerajaan sangat komited dalam menangani musibah banjir yang semakin memburuk dan menjejaskan lebih 15,000 mangsa di tujuh negeri, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang baru pulang dari Kenya berkata, beliau mengikuti rapat setiap perkembangan bencana itu dan menerima laporan berkala daripada agensi berkaitan.

“Menurut laporan yang diterima, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama semua aset agensi berkaitan sudah digerakkan sepenuhnya ke kawasan terjejas bagi menyelamatkan rakyat yang masih terperangkap, di samping memastikan bantuan segera sampai kepada semua mangsa.

“Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) juga sudah dikerah ke Kelantan yang paling teruk terkesan serta bersedia ke negeri-negeri lain bagi mempercepatkan operasi menyelamat dan bantuan kecemasan di lapangan,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan turut menggerakkan Skuad Ihsan Madani ke semua kawasan terjejas untuk membantu menguruskan kebajikan mangsa banjir di hampir 100 pusat pemindahan sementara (PPS) yang sudah dibuka di tujuh negeri.

“Saya menyeru penduduk di kawasan berisiko untuk kekal waspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa, terutama apabila diminta segera berpindah. Keselamatan keluarga harus menjadi keutamaan.