
KOTA KINABALU: Gaji minimum RM1,700 akan dinaikkan oleh kerajaan jika prestasi ekonomi negara terus berkembang kukuh dalam masa terdekat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut percaya gaji minimum RM1,700 yang dinikmati pekerja sekarang tidak cukup bagi menampung perbelanjaan harian mereka.
Menurutnya, dulu gaji minimum adalah RM1,200 dan apabila kerajaan Madani ambil alih, gaji dinaikkan naikkan kepada RM1,500.
Tahun lalu, gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700.
Apakah itu cukup? Anwar tak percaya itu cukup. Sebaik sahaja ekonomi kukuh, beliau berjanji akan menaikkan gaji minimum.
Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan salah seorang pelajar yang menyatakan gaji minimum di Sabah masih lagi belum dilaksanakan sepenuhnya.
Anwar turut memberi contoh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang memainkan peranan dalam memastikan kebajikan pekerja mereka dengan menetapkan gaji minimum sebanyak RM3,100.