Kenapa pencerobohan tanah lambat dikesan?: SPRM

foto astro awani

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempersoalkan mengapa pencerobohan tanah di Raub yang ditanam durian Musang King lambat dikesan sedangkan ada pokok yang baru ditanam lapan atau sembilan tahun lalu.

Pengarah SPRM, Azam Baki berkata, mereka yang menceroboh mendakwa mereka sudah menanam pokok durian pada 1974 dan jika itu dakwaan mereka tentulah pokok-pokok itu kini berusia 40 hingga 50 tahun.

“Ini menunjukkan ada pencerobohan baru dan kerajaan negeri Pahang sudah mengambil maklum,” katanya.

Operasi menebang 200 pokok durian yang ditanam secara haram di kawasan itu menimbulkan reaksi kurang senang penceroboh yang menganggap kerajaan negeri mengenepikan arahan mahkamah.

Azam mengulangi iltizam SPRM untuk membongkar bagaimana pencerobohan itu dibiarkan berlaku.

Beliau juga berkata, mereka yang terbabit sudah disenaraikan dan akan dipanggil untuk disoalsiasat.